Kepentingan
dari segi ekonomi, sektor pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara dari
segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita.Pelancong yang datang dari
negara luar harus menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit
Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank
tempatan atau di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian
disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari
luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada
pernigaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita
bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk
membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.
Di samping itu,sektor pelancongan
juga dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Ini adalah kerana pelancong
asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan dan
minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan yang
lain-lain. Pelancong asing amat menggemari makanan sama ada makanan tradisonal
mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama
ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar
dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan.
Mereka juga boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran yang didirikan
secara terapung di atas air. Sambil menikmati makanan, mereka dapat menghirup
panorama yang amat cantik dan menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan
yang tinggi terhadap makanan ini mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada
usahawan tempatan. Pusat-pusat penginapan juga giat dibina bagai cendawan
tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi pantai.
Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang,
resort atau menginap secara pakej seperti ”Eco-Tuorism” yang membolehkan
pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat
termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan sebagainya. Pelancong juga
memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu lokasi
pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan pengusaha bidang pengangkutan
seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain mendapat peluang untuk
menjalankan perniagaan.
Selanjutnya, pelancongan turut menarik
pelabur asing. Kegiatan pelancongan yang aktif memudahkan kerajaan menarik
lebih ramai pelabur asing untuk menanam modal di negara ini. Industri
pelancongan bukan hanya untuk pelabur yang berkaitan dengan aktiviti
pelancongan seperti pengusaha hotel, pengusaha taman tema, pengusaha pusat
beli-belah, dan sebagainya malahan dapat menarik pelabur asing dalam bidang
yang tiada kaitan dengan pelancongan seperti pengangkutan dan pembinaan.
Kerajaan dapat mengelakkan pembaziran wang negara digunakan untuk mengindahkan
kawasan-kawasan pelancongan yang menelan kos terlalu tinggi. Sebagai
contohnya, Pulau Langkawi yang dibangunkan sebagai pusat pelancongan
bertaraf dunia, pihak kerajaan dan swasta terpaksa melabur sebanyak RM4.5
bilion. Adalah lebih bermanfaat kos yang terlalu tinggi disalurkan untuk
memenuhi keperluan rakyat yang lebih mendesak dengan membina lebih banyak rumah
kos rendah untuk mereka yang masih tidak berumah. Jelaslah, kehadiran pelabur
asing yang ramai dapat membantu kehidupan masyarakat kita, terutamanya di
kalangan mereka yang miskin dan terabai akan lebih terjamin. Oleh itu,sektor pelancongan
ini telah banyak menyumbang dari segi ekonomi terhadap negara kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan