Pages

Ahad, 17 April 2016

Pengenalan


Industri Pelancongan di Malaysia telah dikenalpasti sebagai pendorong utama di dalam sektor perkhidmatan. Sektor pelancongan telah mengambil peranan yang lebih besar dalam merangsangkan ekonomi dalam tempoh Rancangan Malaysia kelapan dahulu. Teras keseluruhan dasar dalam sektor pelancongan ialah untuk mencapai pertumbuhan pelancongan yang mampan bagi merealisasikan potensi pekerjaan yang banyak dan kesan penjanaan pendapatan di tahap negara, negeri dan kawasan tempatan.Satu pendekatan holistik dan bersepadu yang memberi pengaruh keatas inovasi dan daya tenaga sektor swasta, layanan baik, sopan-santun dan kesedaran sivik orang awam dan juga sokongan dari Kerajaan adalah amat perlu untuk menaikkan industri pelancongan ke tahap pencapaian yang lebih tinggi.
            Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkanMalaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk  pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001).Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang keMalaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur - selepas China dan Hong Kong.  Manakala pada tahun 2015 jumlah ketibaan pelancong ke Malayisa menurun 8.6 peratus bagi sukuk pertama berbanding ytempoh sama tahun 2014 iaiti daripda 7.091 juta kepada 6.482 juta.( My Metro, 18 Jun 2015). Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi diAsia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.· Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.· Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia. Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada cerita-cerita  (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik
            Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar kenegara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di matadunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada penggunamerasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah- buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan